Wednesday, 25 January 2017

Resepi apam nasi

Resepi Apam Beras Mudah

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering – mauripan
Kelapa parut putih dikukus – gaul dengan sedikit garam

Cara Membuat:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.

2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.

3. Masukkan campuran nasi dan gula tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.

4. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.

5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.

6. Angkat dan hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.


Saturday, 21 January 2017

Politik sekarang

Politik kini lebih sengsara berbanding politik dahulu

Masa dahulu seingat saya politik berlandaskan kebenaran,perjuangkan hak melayu,menjaga ekonomi org melayu,hak wanita di angkat setaraf dgn kaum lelaki,ekonomi negara dapat dirasai oleh semua rakyat walaupun bukan berbentuk duit tapi ekonomi yang stabil,harga bare yang berpatutan mampu membuatkan rakyat tersenyum.......
Kini taraf ekonomi meningkat sehingga ore kg seperti saya rasa terlalu susah untuk mencari rezeki untuk keluarga,lihat dlm media perkembangan politik  membuat bergitu sukar untuk percaya yg mna mampu mmbri perhikmatan terbaik untuk rakyat ,,fitnah bagi ahli2 politik semangkin kuat dan hebat....ore seperti saya ni tiada tempat untuk menluahkan isi hati,terlalu perit untuk meneruskan hidup,